Selasa, 5 April 2011

Lama nye...............

Baca tajuk pun dah tau kan, betapa lamanya aku x update blog. Lama sesangat. Bukan apa keadaan aku yang memaksa. Chewahhh. Alhamdullilah pada bulan lepas aku telah disahkan positif. Memang menunggu sangat keadaan ini. Tapi tak sangka la pulak keadaan ni teruk sikit berbanding semasa mengandung si Haiqal dulu. Mungkin dulu aku keje kot.

Tapi apa-apa pun aku gagahkan juga buat segala macam kerja rumah ni. Tak nak la layan sangat. Nanti baby ni manja pulak. Cuma yang tak tahan aku ni mcm muntah tapi tak nak muntah. So perut mcm kembung pulak. Entah la..

Rabu, 9 Mac 2011

Ipoh... 2 minggu berturut-turut

Wah, tajuk dia ntah apa-apa ntah. Sebenarnya untuk 2 minggu berturut-turut aku telah pegi ke ipoh. 2 minggu lepas aku dah haiqal pegi ke rumah parent aku selepas encik abah ada team building di Cameron Highlands selama 3 hari. So, aku pin ambik la peluang ni balik ke sana.

Minggu lepas pun pergi Ipoh tapi ada tujuan. Encik abah ada reunion sekolah kat sana, pun 3 hari jugak. Kami bermalam di Tower Regency hotel. Kami tiba di Ipoh tengahhari, Selepas berkumpul ramai-ramai di hentian Sungai Buloh. Lunch kat Indian North Cuisine. Kami makan nasi briyani. Pehh, dia punya curry, betul2 kaw, pedas gile. Malam pulak makan masakan padang kat restoren Simpang 3, Greentown Square.

Next day, main-main air di Lost World of Tambun.Siapa yang paling excited? Tentu la haiqal. Dia punya main sampai dah gelap. Puas la main air sampai lebam-lebam lutut. Malam pulak, dinner di hotel. Ada cabutan bertuah, hadiah untuk best dress dan sesi memperkenalkan family .

Note: Kesian Haiqal. Dia terpaksa main dengan budak-budak perempuan sebab dia je budak lelaki yang besar, Yang lain kecil lagi.

Rabu, 9 Februari 2011

Raja Lawak Musim Ke-5

Rasanya ramai dah tau yang raja lawak dah pun start. Kalau tak salah aku, minggu ni dah masuk minggu ke-6. Kali ni aku bukan nak cite pasal peserta raja lawak tapi nak cite keadaan rumah aku bila tengok raja lawak.

Dah lama rumah aku tak riuh macam musim ni. Last sekali, masa musim 2. Masa tu Nabil Champion. Bila tengok Raja Lawak ni, dah tentu la yang paling sakan sekali si abah. Si anak ni yang tak paham apa2 hanya tumpang gelak bila tengok si abah ni gelak besar. Nak tahu pasai apa?

Yang paling ditunggu-tunggu tentu la Man, R2 dan Nazmi. Lawak-lawak bebudak ni memang kelakar. Bukan nak kelengtong tapi memang best. Terutama Nazmi. Tengok muka pun dah lawak.Setiap kali turn dia si abah akan menjerit, "Haiqal, duduk sini. Beri sokongan pada orang Sungai Besar. Orang kampung ni!". Yang paling tragis sekali dia siap undi pukal 20 untuk si Nazmi. Fanatik tol ngan budak Nazmi ni sampai ulang cari kat youtube pulak.


Note: sebenarnya program macam ni dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Selasa, 1 Februari 2011

Diet

Minggu ni adalah minggu ke-3 aku masakkan beras perang kat abah. Bukan apa abah kata beras ni dapat mengurangkan kadar kolestrol. Mungkin betul kot. Masak beras ni lama dari beras biasa. Bayangkan 1 1/2 cup, aku kena tunggu 30 minit nak masak. Air pulak 1:2 iaitu 1 cup beras = 1 cup air (guna cup yang sama). Beras perang ni tak ada rasa. Tawar je. Untuk pengetahuan semua, 1st time masak beras ni, aku hampir-hampir tak dapat beza mana satu beras, mana satu hampas beras. Sama je, waktu coklat. Tapi sekarang ni aku dah terrer dah. Abah kata, mula-mula memang tak sedap tapi dah lama-lama ni sedap jugak. Aku? Iyekan aje la....

Rabu, 19 Januari 2011

Cup Cakes

Hati ini tersangat la gumbira. Sebab apa? Tak ada apa pun. Just apa yang aku tunggu telah pun tiba. Nak tahu apa? Tadaa... Cupcakes. Sedap!!! Aku order ni dari Anis Bakery. Kedai dia kat Sunagi Ramal. Ini ada lah kali-2 aku order kek dengan diaorg ni.Kali pertama masa besday haiqal. Servis dia bagus. Apa yang penting ada delivery. Tapi ada caj la.Kenapa order cupcake? saja nak makan. Tak boleh ke? Harga satu RM3. Satu box ada 25 biji. So, total RM75.Ada macam-macam patern. Boleh la surf kat anisbakery.net.Tapi yang ini aku pilih Peach and cadbury cupcakes. Nyum nyum...


Ni masa baru sampai.



Bila bukak kotak.




Ini la cupcakes nyeee

Selasa, 11 Januari 2011

Terapi Ikan (Lagi)

Ingat tak aku penah cite yang aku penah buat terapi ikan di Dr Fish & Reflexiology dulu? Kali ni second time aku cuba di Jusco Equine Park, Ahad lepas. Nama tempat tu Cute Fish Spa. Setelah puas ronda-ronda satu Jusco ditambah pulak aksi akrobatik Haiqal, buat la terapi ikan ni. Dapat la melegakan sikit lenguh2 kaki ni.Murah je kat sini. RM5 untuk 10 minit. So, try la.Kat bawah ni ada la beberapa keping gambar yang sempat aku snap.









Jumaat, 7 Januari 2011

Massage

Lama rasanya badan ni tak diurut. Kalau tak salah last sekali kat Jakarta tahun lepas. So, hari ini (7/1/2011) aku bertekad nak pi cari massage centre kat MINES. Ye la tu je pun tempat yang dekat dengan rumah aku.Pusing punya pusing jumpa satu tempat yang menarik jugak la dan murah. Tapi tak semurah kat Jakarta. Tempat tu kat Thai Odissey, Tingkat 4. Belek punya belek aku pun ambil pakej Thai Traditional Massage-60 minit.Harga RM 75 tp campur tax RM 79.50. Sakit juga la dia urut tapi sedap. Siap urut baru la ringan sikit badan aku ni. Apa-apa pun jom la ramai-ramai cuba.